Kembar

Monday, January 29, 2007

Kembung sebab susu?

Dah lama aku tak menulis..aku nak sambung citer pasal baby aku kembung sebelum ni.Actually aku rasa sebenarnya susu yang dia minum.Sebelum ni aku cuba bagi brand Snow sebab dengar ada satu hospital tu dia rekemen la.. aku dengan wife aku pun pergi la beli.Aku rasa susu tu ok je cuma mungkin tak sesuai dengan anak kembar aku ni.Kesian aku tengok sebab bila malam je mulalah dia menangis.Puas aku letak minyak angin dan macam-macam cara lagi aku buat.Lepas tu pulak dia buang air selepas 3 hari.Aku memang risau bab ni sebab biasanya sebelum ni paling lewat pun 2 hari je.

Aku pun pergi pasaraya cuba plak brand yang murah sikit.Aku try la pakai brand Lactogen plak.So far baby aku takde la meragam sangat.Bukan aku nak promote,tapi mungkin anak aku tak sesuai dengan brand mahal kot?dia suruh aku jimat la tu..hehehe..
Sekarang ni nak masuk tin ke dua,aku pun dah mula tidur nyenyak sikit.Kalau sebelum ni malam je mesti kena berjaga lama punya.Kali ni kalau anak aku terjaga pun biasanya dia nak susu je.Lepas aku buatkan susu dengan tambahan susu ibu, anak aku pun tidur nyenyak.Syukur kepada Allah.

Aku harap lepas ni bertambah sihat.Oh ya lupa hari tu dah pergi PPUM untuk suntikan 3 serangkai.Kesian anak aku tu kena cucuk.Tapi nasib baik menangis tak lama macam anak orang.Anak kembar aku tu Damia dengan Dina sekarang ni Damia dah pun 4KG.sihat betul anak aku ni kalau tengok pipi dia makin lama makin naik macam bapak dia jugak...hehehe.. ok la.. sambung lain kali k.. wassalam

Monday, January 15, 2007

Baby kembar kena kembung

Aku rasa benda ni dah jadi satu benda wajib pada baby.Rata-rata aku tanya sapa-sapa yang ada baby mesti benda ni berlaku.Tapi pada aku yang baru nak jadi bapak kepada anak kembar pulak mungkin satu kepayahan.Kekadang tu tension jugak bila baby tak nak stop menangis.Tapi aku kesian pun ada... ye la tak boleh nak buat apa.Lepas aku tidurkan dia sekejap,dia terbangun secara automatik bila dengar sesuatu yang agak bising sikit.

Hari ni aku ada tanya member aku..ada yang suruh aku pakai minyak Yuyi cap Limau macam dalam iklan kat radio tu.Aku ingat nak try la.. kalau boleh aku tak nak la tiap-tiap hari berjaga malam sampai pagi.Bini aku la paling kesian sekali kena stay sebab bagi susu ibu.Kalau dah terdesak sangat baru bagi susu formula.

Doakanlah baby aku sihat..amin... Damia + Dania.. jangan meragam ye...hehehe

Monday, January 08, 2007

Anak kembar dah balik ke Ampang

semalam 07/01/2007, anak aku dah balik ke ampang.Petang tu mak mentua dan bapak mentua pergi rumah penjaga baby lepas ni di ampang.Actually dekat dengan rumah aku jugak.Sambil pergi rumah dia sambil tu jugak introduce aku dengan wife aku serta baby kembar aku tu.So far nampak rumah orang yang nak jaga baby ni kemas dan teratur.Aku rasa mesti orangnya pun bersih.Aku pun tak la risau kalau nak hantar anak aku nanti.

Hari ni 08/01/2007,buat pertama kali aku tinggalkan baby di rumah penjaga.Bini aku dah bangun seawal 4.30AM sebab nak masak air,kemas barang-barang nak bagi pada penjaga tu nanti.Aku pulak bangun pukul 5.00AM dan bersiap awal.Walaupun dah bangun awal tapi waktu keluar dari rumah pukul 6.35AM lebih kurang.Pagi ni aku pun terus hantar ke rumah penjaga baby ni.