Kembar

Friday, March 16, 2007

Gambar terbaru


Dah lama tak menulis di blog ni..Actually sibuk sikit dengan kerja, bisnes internet dan anak kembar tu..sekarang dah 3 bulan lebih..dah boleh meniarap pun.. mula-mula tu kakak (Damia) dulu lepas tu adik (Dina)... Gambar ni di ambil masa di One Utama. Actually saja nak try handphone n73. Boleh tahan gambar dia.. itu baru 3.2Mega pixel, kalau ambik handphone yang 5 Mega pixel macam mana la agaknya..

Wife baru dapat kerja..sekarang ni tengok sibuk dengan induksi selama sebulan.. syukur, murah rezeki. Lepas ni boleh la cari rumah sendiri. Saya pulak baru je dapat surat confirm. Biasalah kalau kerja dengan gomen camni la.. nak dekat 3 tahun kerja baru confirm. Tapi yang penting lepas ni lebih terjamin. Dah lama tak bawak baby balik kampung (tak pernah pun). Kampung di Ayer Tawar, Perak .. kalau yang tak tau tu mungkin pernah dengar Manjung?Lumut? dekat la tu.. Cadangnya bulan ni nak bawak ke kampung, tapi sebab fikir anak kembar ni memang susah sikit. Kalau dia tidur dalam kereta tu ok jugak. Setakat manalah diorang larat nak tidur kan?

Bila baby dah jaga, mak yang jaga baby di belakang ni siap la... hehe..ok la.. stop sampai sini dulu.. actually ingatkan nak upload gambar baby je tadi.. terlaju pulak menaip... ok jumpa lagi..

wassalam..

Azahari

Mana kakak mana adik ni??


Damia tengok apa tu??


Dina tengah tidur, Damia pulak jaga


Dina termenung jap


Cuba teka ni adik ke kakak?

Gambar anak kembar







Yang rambut banyak sikit tu Nurdamia Inarah (kakak), adik Nurdania Irdina

Monday, January 29, 2007

Kembung sebab susu?

Dah lama aku tak menulis..aku nak sambung citer pasal baby aku kembung sebelum ni.Actually aku rasa sebenarnya susu yang dia minum.Sebelum ni aku cuba bagi brand Snow sebab dengar ada satu hospital tu dia rekemen la.. aku dengan wife aku pun pergi la beli.Aku rasa susu tu ok je cuma mungkin tak sesuai dengan anak kembar aku ni.Kesian aku tengok sebab bila malam je mulalah dia menangis.Puas aku letak minyak angin dan macam-macam cara lagi aku buat.Lepas tu pulak dia buang air selepas 3 hari.Aku memang risau bab ni sebab biasanya sebelum ni paling lewat pun 2 hari je.

Aku pun pergi pasaraya cuba plak brand yang murah sikit.Aku try la pakai brand Lactogen plak.So far baby aku takde la meragam sangat.Bukan aku nak promote,tapi mungkin anak aku tak sesuai dengan brand mahal kot?dia suruh aku jimat la tu..hehehe..
Sekarang ni nak masuk tin ke dua,aku pun dah mula tidur nyenyak sikit.Kalau sebelum ni malam je mesti kena berjaga lama punya.Kali ni kalau anak aku terjaga pun biasanya dia nak susu je.Lepas aku buatkan susu dengan tambahan susu ibu, anak aku pun tidur nyenyak.Syukur kepada Allah.

Aku harap lepas ni bertambah sihat.Oh ya lupa hari tu dah pergi PPUM untuk suntikan 3 serangkai.Kesian anak aku tu kena cucuk.Tapi nasib baik menangis tak lama macam anak orang.Anak kembar aku tu Damia dengan Dina sekarang ni Damia dah pun 4KG.sihat betul anak aku ni kalau tengok pipi dia makin lama makin naik macam bapak dia jugak...hehehe.. ok la.. sambung lain kali k.. wassalam

Monday, January 15, 2007

Baby kembar kena kembung

Aku rasa benda ni dah jadi satu benda wajib pada baby.Rata-rata aku tanya sapa-sapa yang ada baby mesti benda ni berlaku.Tapi pada aku yang baru nak jadi bapak kepada anak kembar pulak mungkin satu kepayahan.Kekadang tu tension jugak bila baby tak nak stop menangis.Tapi aku kesian pun ada... ye la tak boleh nak buat apa.Lepas aku tidurkan dia sekejap,dia terbangun secara automatik bila dengar sesuatu yang agak bising sikit.

Hari ni aku ada tanya member aku..ada yang suruh aku pakai minyak Yuyi cap Limau macam dalam iklan kat radio tu.Aku ingat nak try la.. kalau boleh aku tak nak la tiap-tiap hari berjaga malam sampai pagi.Bini aku la paling kesian sekali kena stay sebab bagi susu ibu.Kalau dah terdesak sangat baru bagi susu formula.

Doakanlah baby aku sihat..amin... Damia + Dania.. jangan meragam ye...hehehe

Monday, January 08, 2007

Anak kembar dah balik ke Ampang

semalam 07/01/2007, anak aku dah balik ke ampang.Petang tu mak mentua dan bapak mentua pergi rumah penjaga baby lepas ni di ampang.Actually dekat dengan rumah aku jugak.Sambil pergi rumah dia sambil tu jugak introduce aku dengan wife aku serta baby kembar aku tu.So far nampak rumah orang yang nak jaga baby ni kemas dan teratur.Aku rasa mesti orangnya pun bersih.Aku pun tak la risau kalau nak hantar anak aku nanti.

Hari ni 08/01/2007,buat pertama kali aku tinggalkan baby di rumah penjaga.Bini aku dah bangun seawal 4.30AM sebab nak masak air,kemas barang-barang nak bagi pada penjaga tu nanti.Aku pulak bangun pukul 5.00AM dan bersiap awal.Walaupun dah bangun awal tapi waktu keluar dari rumah pukul 6.35AM lebih kurang.Pagi ni aku pun terus hantar ke rumah penjaga baby ni.

Wednesday, December 27, 2006

Baby kembar masuk wad lagi

Baru nak genap satu bulan baby kembar aku Damia dgn Dina dah kena penyakit kulit.Memang sebenarnya dah beberapa hari dia kena sakit kulit tu tapi ingatkan masalah kecik je.Mak mentua dengan bapak mentua aku kata takde pape.Aku pun tak kisah la... tapi bila nampak dah makin serius,aku pun mulalah risau sebab sakit dia tu dah berjangkit ke belakang dan kepala.Actually kalau nampak sekali memang macam ruam je.Tapi ruam kali ni ada nanah sekali.Ada orang ingatkan macam jerawat tu..macam ada nasik kat dalam tu... tapi yang ni memang bukan seperti yang orang gambarkan.Aku sendiri pun tak pernah tengok nanah kat badan baby.

Malam 23/12/06 aku pun bertolak ke Hospital Pusrawi di Jalan Ipoh.Aku pergi dengan wife,Acu dengan Della.Nasib baik jalan di Rawang tak jem teruk.Aku pun sampai sana lebih kurang pukul 8.45pm.
Bila aku jumpa Dr,dia cakap sakit kulit ni serius dan kena duduk dalam wad.Dr bagi surat untuk masuk ke wad.Aku pun cakap la aku nak pergi ke Hospital Selayang sebab dekat sikit dengan rumah di Rawang.
Lepas aku balik ke rumah,mak mentua aku tanya lah nak hantar masuk wad jugak ke?Aku tak kisah janji baby aku sihat.Aku tanya wife aku pun cakap benda yang sama.

Mak mentua aku suruh adik ipar aku (Mat) yang hantarkan.Bila dia sampai,aku terus pergi ke Hospital Selayang.Aku terus pergi ke Wad kecemasan dan tunjuk surat Dr.Diorang bagi pas hijau (kes tak kritikal) dan macam biasalah menunggu punyalah lama sebab ramai orang.Sampai giliran anak kembar aku,Dr pun tengok keadaan baby dan sahkan kena masuk wad.Tapi memang seksa menunggu di situ sebab ramai lagi yang tunggu nak masuk wad.

Mula-mula diorang terus masukkan ke NICU (ICU utk baby kot?).Sampai di sana diorang pun start bagi ubat kat baby.Baby aku kena cucuk kat tangan dia untuk masukkan ubat.Kalau tengok memang kesian sebab dia kesakitan.Kira-kira pukul 5 pagi baru Damia & Dina dipindahkan ke Wad Kanak-kanak tingkat 8A.Penat betul rasanya sebab tak dapat nak rehat duduk di NICU.Kalau ada katil boleh jugak la aku lepak.Nasib baik dah masuk dalam Wad.Aku pun baring dengan bini aku sementara baby tengah tidur.

Jaga baby kembar ni memang memenatkan tambah pulak kalau dua-dua sekali menangis.Beberapa malam tu Damia & Dina menangis kuat.Aku dengan bini aku tak boleh nak tidur dibuatnya.Dari tengah malam sampai ke pagi

Pada 24/12/2006 Dr pun masuk untuk check-up.Dr cakap mungkin baby kena tahan seminggu.Aku harap cepatlah baby aku tu baik.Makin lama dia kat situ,makin terseksa bini aku sebab tak cukup rehat.Memang adik ipar aku tolong jaga jugak,tapi tak sama macam kat rumah.Banyak benda kita boleh buat kat rumah sendiri.Aku duduk di Hospital dari hari Sabtu sampai hari Isnin.Aku pun balik rumah malam hari Ahad tu sebab nak masuk kerja.

Sekarang ni masih menunggu baby aku tu sihat.Memang comel sangat baby aku tu...geramnya kat pipi dia..orang cakap ikut bapak pipi tu..hehe... ok la.. jumpa lagi

Thursday, December 21, 2006

Bini aku pergi interview episod 1

Semalam 21 Disember 2006 wife aku pergi interview untuk jawatan Penolong Pengarah LHDN.Lepas Subuh lagi dia dah siap.Lebih kurang pukul 6.35 pagi bertolak dari Rawang.Kesian aku tengok wife aku penat jaga baby kembar lagi...lepas tu kena pulak prepare untuk interview.Pantang pun tak habis lagi.Kalau nak kira umur baby lebih kurang 3 minggu lebih.Tapi nak buat macam mana kan.. nak ke tak nak terpaksa pergi untuk dapat kerja yang lebih baik.Sekarang ni dia kerja Penolong Pengarah jugak... tapi jawatan sekarang ni sambilan je... nama memang la hebat penolong pengarah sebab ada Ijazah tapi sambilan ni lain.. gaji pun ikut hari bekerja.. kalau tak datang tu takde gaji.. MC pun tak laku.. aduh kesian...

Pagi tu lebih kurang pukul 7.15 pagi sampai kat jalan duta.Member dia tunggu kat depan BSN jalan duta.Lepas tak lama borak terus je lapor diri di blok 9 tingkat 1.Tempat tu ler aku interview jugak dulu.Tapi yang peliknya aku pun turut rasa berdebar.. macam aku pulak nak pergi interview.Mana taknya sebab aku tengok semua yang datang memang smart giler.. ada yang pakai blazer lagik.. teringat masa aku pergi interview dulu pun camtu gak..hehe.

Kira-kira pukul 8 camtu muncul ler orang HR.Pendaftaran pun bermulalah.Datang ke pendaftaran tu bukan buat apa pun,just nak check nama lepas tu tandatangan.Masa tu jugak ler tau kita dapat panel berapa atau dengan siapa kita interview.Dia dapat panel 4.Sementara tunggu nak start interview tu, aku tengok ler ada jugak yang bawak anak dengan husband.Teringat pulak anak kembar aku kat rumah.Kalau boleh memang nak bawak pun tapi mak mentua aku tak kasik ler.Tak pe la nak buat camner.

Bilik menunggu disediakan di bilik mesyuarat.Sementara tunggu tu memang bosan ler jugak.Sebab boring sangat,aku pun mintak diri ler.Wife aku banyak kali pesan suruh doakan dia.Kesian dia sebab dia risau sangat.Sebelum ni dia tak dapat jawatan untuk Diploma punya.Lagi lah bertambah risau.Lepas tu aku pun cabut.. aku tunggu dekat console room je.. takat ni je la dulu.. penat pulak menaip..line pun tak clear..hehehe

Saturday, December 09, 2006

Nurdamia Inarah dan Nurdania Irdina

Pada 1 Disember 2006 aku pergi ke Pejabat Pendaftaran Rawang untuk mendaftar anak kembar aku ni.. Walaupun orang tak ramai,tapi penat jugak menunggu sebab nombor aku yang paling last (agaknya).Masa aku datang tu pulak waktu lepas solat Jumaat,so memanglah penat menunggu.

Setelah berbincang dengan wife,kami dah sepakat nama anak kami Nurdamia Inarah dan Nurdania Irdina. Sebenarnya memang agak susah nak tentukan nama baby ni sebab kembar dan satu lagi sebab masing-masing tak bersetuju dengan nama pilihan tu... tapi nasib baik la di saat akhir dua-dua dah setuju.Kalau tak salah aku masa tu kandungan dah pun masuk 8 bulan.

Syukur anak kembar aku sihat... buat beberapa hari ni Nurdamia kena sakit kuning.Tapi nampak tak kritikal sangat.Pagi-pagi tu aku ler tolong jemur kat matahari tu.. orang tua kata elok jemur bagi cepat baik.Mak mentua aku pulak sediakan air sengkuang cina untuk baby dan ummi baby tu... moga cepat sembuh...

ok la.. setakat ni dulu la... segan nak taip lama-lama dok kat rumah mentua pulak tu...wassalam