Bini aku pergi interview episod 1
Semalam 21 Disember 2006 wife aku pergi interview untuk jawatan Penolong Pengarah LHDN.Lepas Subuh lagi dia dah siap.Lebih kurang pukul 6.35 pagi bertolak dari Rawang.Kesian aku tengok wife aku penat jaga baby kembar lagi...lepas tu kena pulak prepare untuk interview.Pantang pun tak habis lagi.Kalau nak kira umur baby lebih kurang 3 minggu lebih.Tapi nak buat macam mana kan.. nak ke tak nak terpaksa pergi untuk dapat kerja yang lebih baik.Sekarang ni dia kerja Penolong Pengarah jugak... tapi jawatan sekarang ni sambilan je... nama memang la hebat penolong pengarah sebab ada Ijazah tapi sambilan ni lain.. gaji pun ikut hari bekerja.. kalau tak datang tu takde gaji.. MC pun tak laku.. aduh kesian...
Pagi tu lebih kurang pukul 7.15 pagi sampai kat jalan duta.Member dia tunggu kat depan BSN jalan duta.Lepas tak lama borak terus je lapor diri di blok 9 tingkat 1.Tempat tu ler aku interview jugak dulu.Tapi yang peliknya aku pun turut rasa berdebar.. macam aku pulak nak pergi interview.Mana taknya sebab aku tengok semua yang datang memang smart giler.. ada yang pakai blazer lagik.. teringat masa aku pergi interview dulu pun camtu gak..hehe.
Kira-kira pukul 8 camtu muncul ler orang HR.Pendaftaran pun bermulalah.Datang ke pendaftaran tu bukan buat apa pun,just nak check nama lepas tu tandatangan.Masa tu jugak ler tau kita dapat panel berapa atau dengan siapa kita interview.Dia dapat panel 4.Sementara tunggu nak start interview tu, aku tengok ler ada jugak yang bawak anak dengan husband.Teringat pulak anak kembar aku kat rumah.Kalau boleh memang nak bawak pun tapi mak mentua aku tak kasik ler.Tak pe la nak buat camner.
Bilik menunggu disediakan di bilik mesyuarat.Sementara tunggu tu memang bosan ler jugak.Sebab boring sangat,aku pun mintak diri ler.Wife aku banyak kali pesan suruh doakan dia.Kesian dia sebab dia risau sangat.Sebelum ni dia tak dapat jawatan untuk Diploma punya.Lagi lah bertambah risau.Lepas tu aku pun cabut.. aku tunggu dekat console room je.. takat ni je la dulu.. penat pulak menaip..line pun tak clear..hehehe

0 Comments:
Post a Comment
<< Home