Kembar

Wednesday, December 27, 2006

Baby kembar masuk wad lagi

Baru nak genap satu bulan baby kembar aku Damia dgn Dina dah kena penyakit kulit.Memang sebenarnya dah beberapa hari dia kena sakit kulit tu tapi ingatkan masalah kecik je.Mak mentua dengan bapak mentua aku kata takde pape.Aku pun tak kisah la... tapi bila nampak dah makin serius,aku pun mulalah risau sebab sakit dia tu dah berjangkit ke belakang dan kepala.Actually kalau nampak sekali memang macam ruam je.Tapi ruam kali ni ada nanah sekali.Ada orang ingatkan macam jerawat tu..macam ada nasik kat dalam tu... tapi yang ni memang bukan seperti yang orang gambarkan.Aku sendiri pun tak pernah tengok nanah kat badan baby.

Malam 23/12/06 aku pun bertolak ke Hospital Pusrawi di Jalan Ipoh.Aku pergi dengan wife,Acu dengan Della.Nasib baik jalan di Rawang tak jem teruk.Aku pun sampai sana lebih kurang pukul 8.45pm.
Bila aku jumpa Dr,dia cakap sakit kulit ni serius dan kena duduk dalam wad.Dr bagi surat untuk masuk ke wad.Aku pun cakap la aku nak pergi ke Hospital Selayang sebab dekat sikit dengan rumah di Rawang.
Lepas aku balik ke rumah,mak mentua aku tanya lah nak hantar masuk wad jugak ke?Aku tak kisah janji baby aku sihat.Aku tanya wife aku pun cakap benda yang sama.

Mak mentua aku suruh adik ipar aku (Mat) yang hantarkan.Bila dia sampai,aku terus pergi ke Hospital Selayang.Aku terus pergi ke Wad kecemasan dan tunjuk surat Dr.Diorang bagi pas hijau (kes tak kritikal) dan macam biasalah menunggu punyalah lama sebab ramai orang.Sampai giliran anak kembar aku,Dr pun tengok keadaan baby dan sahkan kena masuk wad.Tapi memang seksa menunggu di situ sebab ramai lagi yang tunggu nak masuk wad.

Mula-mula diorang terus masukkan ke NICU (ICU utk baby kot?).Sampai di sana diorang pun start bagi ubat kat baby.Baby aku kena cucuk kat tangan dia untuk masukkan ubat.Kalau tengok memang kesian sebab dia kesakitan.Kira-kira pukul 5 pagi baru Damia & Dina dipindahkan ke Wad Kanak-kanak tingkat 8A.Penat betul rasanya sebab tak dapat nak rehat duduk di NICU.Kalau ada katil boleh jugak la aku lepak.Nasib baik dah masuk dalam Wad.Aku pun baring dengan bini aku sementara baby tengah tidur.

Jaga baby kembar ni memang memenatkan tambah pulak kalau dua-dua sekali menangis.Beberapa malam tu Damia & Dina menangis kuat.Aku dengan bini aku tak boleh nak tidur dibuatnya.Dari tengah malam sampai ke pagi

Pada 24/12/2006 Dr pun masuk untuk check-up.Dr cakap mungkin baby kena tahan seminggu.Aku harap cepatlah baby aku tu baik.Makin lama dia kat situ,makin terseksa bini aku sebab tak cukup rehat.Memang adik ipar aku tolong jaga jugak,tapi tak sama macam kat rumah.Banyak benda kita boleh buat kat rumah sendiri.Aku duduk di Hospital dari hari Sabtu sampai hari Isnin.Aku pun balik rumah malam hari Ahad tu sebab nak masuk kerja.

Sekarang ni masih menunggu baby aku tu sihat.Memang comel sangat baby aku tu...geramnya kat pipi dia..orang cakap ikut bapak pipi tu..hehe... ok la.. jumpa lagi

Thursday, December 21, 2006

Bini aku pergi interview episod 1

Semalam 21 Disember 2006 wife aku pergi interview untuk jawatan Penolong Pengarah LHDN.Lepas Subuh lagi dia dah siap.Lebih kurang pukul 6.35 pagi bertolak dari Rawang.Kesian aku tengok wife aku penat jaga baby kembar lagi...lepas tu kena pulak prepare untuk interview.Pantang pun tak habis lagi.Kalau nak kira umur baby lebih kurang 3 minggu lebih.Tapi nak buat macam mana kan.. nak ke tak nak terpaksa pergi untuk dapat kerja yang lebih baik.Sekarang ni dia kerja Penolong Pengarah jugak... tapi jawatan sekarang ni sambilan je... nama memang la hebat penolong pengarah sebab ada Ijazah tapi sambilan ni lain.. gaji pun ikut hari bekerja.. kalau tak datang tu takde gaji.. MC pun tak laku.. aduh kesian...

Pagi tu lebih kurang pukul 7.15 pagi sampai kat jalan duta.Member dia tunggu kat depan BSN jalan duta.Lepas tak lama borak terus je lapor diri di blok 9 tingkat 1.Tempat tu ler aku interview jugak dulu.Tapi yang peliknya aku pun turut rasa berdebar.. macam aku pulak nak pergi interview.Mana taknya sebab aku tengok semua yang datang memang smart giler.. ada yang pakai blazer lagik.. teringat masa aku pergi interview dulu pun camtu gak..hehe.

Kira-kira pukul 8 camtu muncul ler orang HR.Pendaftaran pun bermulalah.Datang ke pendaftaran tu bukan buat apa pun,just nak check nama lepas tu tandatangan.Masa tu jugak ler tau kita dapat panel berapa atau dengan siapa kita interview.Dia dapat panel 4.Sementara tunggu nak start interview tu, aku tengok ler ada jugak yang bawak anak dengan husband.Teringat pulak anak kembar aku kat rumah.Kalau boleh memang nak bawak pun tapi mak mentua aku tak kasik ler.Tak pe la nak buat camner.

Bilik menunggu disediakan di bilik mesyuarat.Sementara tunggu tu memang bosan ler jugak.Sebab boring sangat,aku pun mintak diri ler.Wife aku banyak kali pesan suruh doakan dia.Kesian dia sebab dia risau sangat.Sebelum ni dia tak dapat jawatan untuk Diploma punya.Lagi lah bertambah risau.Lepas tu aku pun cabut.. aku tunggu dekat console room je.. takat ni je la dulu.. penat pulak menaip..line pun tak clear..hehehe

Saturday, December 09, 2006

Nurdamia Inarah dan Nurdania Irdina

Pada 1 Disember 2006 aku pergi ke Pejabat Pendaftaran Rawang untuk mendaftar anak kembar aku ni.. Walaupun orang tak ramai,tapi penat jugak menunggu sebab nombor aku yang paling last (agaknya).Masa aku datang tu pulak waktu lepas solat Jumaat,so memanglah penat menunggu.

Setelah berbincang dengan wife,kami dah sepakat nama anak kami Nurdamia Inarah dan Nurdania Irdina. Sebenarnya memang agak susah nak tentukan nama baby ni sebab kembar dan satu lagi sebab masing-masing tak bersetuju dengan nama pilihan tu... tapi nasib baik la di saat akhir dua-dua dah setuju.Kalau tak salah aku masa tu kandungan dah pun masuk 8 bulan.

Syukur anak kembar aku sihat... buat beberapa hari ni Nurdamia kena sakit kuning.Tapi nampak tak kritikal sangat.Pagi-pagi tu aku ler tolong jemur kat matahari tu.. orang tua kata elok jemur bagi cepat baik.Mak mentua aku pulak sediakan air sengkuang cina untuk baby dan ummi baby tu... moga cepat sembuh...

ok la.. setakat ni dulu la... segan nak taip lama-lama dok kat rumah mentua pulak tu...wassalam